Monday 11 September 2017

Audit Dalaman Bil 4

Pada 8 September 2017, telah diadakan Audit Dalaman bil 4. Para auditor terdiri daripada Dr Mohd Zaffaran dari Klinik Kesihatan Bota Kiri dan KJ Marrina bt Taharim dari Klinik Kesihatan Air Kuning. Audit pada kali ini bertujuan untuk memastikan setiap zon telah bersedia untuk menerima lawatan audit dari MAMPU. Beberapa teguran telah diberikan oleh para auditor dan jawatankuasa zon di minta melakukan penambahbaikan.





Thursday 7 September 2017

Taklimat Pengungsian Bangunan dan Demonstrasi Memadam Kebakaran

1) Latar Belakang 

Maksud Pengungsian Bangunan Dalam bahasa yang mudah, pengungsian bangunan bererti bahawa para penghuni sesebuah bangunan keluar daripada bangunan berkenaan secara tenang dan teratur mengikut pelan laluan menuju tempat berkumpul dengan hanya membawa dokumen terpenting sahaja. Ringkasnya, sehelai sepinggang. Mengikut piawai latihan kebakaran, masa maksimum yang diambil untuk berkumpul di tempat yang ditetapkan ialah tujuh minit sahaja. Kebakaran boleh berlaku di mana-mana sahaja di dalam satu-satu bangunan tanpa mengira masa. Oleh itu, adalah wajar setiap kakitangan mengetahui tindakan yang perlu di ambil apabila menghadapi keadaan sebegini.

 2) Objektif 

• Menjelaskan langkah-langkah semasa pengungsian bangunan yang berkesan bagi tujuan mengatasi semua jenis kemalangan yang mungkin berlaku di fasiliti kesihatan. 
• Menunjukkan teknik-teknik memadamkan kebakaran kepada anggota kesihatan. 


Taklimat ini telah diadakan pada 25 Julai 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Changkat Lada. Kedua-dua sesi telah dikendalikan oleh Pegawai Bomba dari Balai Bomba Seri Iskandar. Seramai 23 orang kakitangan telah menghadiri sesi ini.


 






























 

Thursday 23 March 2017

Surat Lantikan Jawatankuasa Zon Ruby

Laporan Audit Dalaman oleh JK Audit

Taklimat EKSA

Taklimat EKSA lepada anggota Zon Ruby telah diadakan pada 1 Feb 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Changkat Lada. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap pemahaman anggota zon terhadap perlaksanaan EKSA. Taklimat ini telah dikelolakan oleh Jawatankuasa Latihan dan telah disampaikan oleh Dr Shivani Xaviar selaku Ketua Zon.


Gotong-Royong Perdana bil 3

Pada 24 Feb 2017, gotong royong perdana bil 3 telah diadakan untuk membersihkan Stor KKIA, Stor Bakas dan Garaj Kenderaan.Semua unit telah memberikan kerjasama yang baik dengan turut serta mengembling tenaga untuk memastikan objektif gotong-royong tercapai.
Pada hari yang sama, jualan barang-barang terpakai/boleh di kitar semula telah diadakan. Duit hasil jualan, telah direkodkan oleh bendahari Zon dan diserahkan semula kepada unit terlibat.




Wednesday 22 March 2017

Analisis Keputusan Audit 2

Keputusan Audit EKSA Fasa 2




Sebelum dan Selepas 2














Sunday 12 March 2017

Garis Panduan Penyeragaman EKSA Zon Ruby

Untuk paparan lebih jelas, sila klik di sini "Garis Panduan"


Pelan Induk



Tuesday 7 March 2017

Sebelum dan Selepas 1










Sunday 5 March 2017

Audit EKSA Fasa 2

Audit EKSA Fasa 2 telah dijalankan pada 3 Mac 2017. Pasukan auditor terdiri daripada En Shamsul Azman b. Yahya (K) dan Pn Norliza bt Muhammad. Secara keseluruhannya, pasukan auditor berpuas hati dengan penambahbaikan yang telah dijalankan selepas audit sebelum ini.







Penemuan Audit




  

Kreativiti dan Inovasi











Saturday 4 March 2017

Analisis Keputusan Audit Zon Ruby

Secara keseluruhan, semua komponen menunjukkan peningkatan dari segi markah yang di terima kecuali komponen D, iaitu kawasan persekitaran. Markah di Audit Penambahbaikan menunjukkan sedikit penurunan berbanding markah semasa Audit EKSA Fasa 1. Antara teguran major yang di buat adalah mengenai ketiadaan parking khas untuk OKU dan keadaan stor unit bakas dan garaj kenderaan yang belum lagi di ambil tindakan. Komponen ini perlu di beri lebih penekanan dari segi penambahbaikan, untuk menghadapi Audit EKSA Fasa 2.



Audit Penambahbaikan EKSA Fasa 1

Audit Penambahbaikan EKSA Fasa 1 telah diadakan pada 17/2/2017.







Keputusan Audit EKSA Fasa 1

Tarikh :19/1/2017
Masa : 8.00pg-1.00tgh
Tempat : Bilik Seminar, PKD Perak Tengah


Audit EKSA Fasa 1 di Zon Ruby telah dijalankan pada 12/1/2017. Kumpulan auditor terdiri daripada En Shamsul Azman bin Yahya (K) dan Pn Norliza bt Muhammad. 
Penyelaras Jawatankuasa Pemandu EKSA PKD Perak Tengah, Y.Bhg. Datin Dr. Yuhanis Fazlina bt. Fadhil akan mengadakan lawatan susulan ke Zon Ruby pada satu tarikh yang akan ditetapkan untuk menilai semula permarkahan yang diberikan.







Slides Penemuan Audit

Gotong-Royong Perdana Bil 1

Satu gotong-royong perdana telah diadakan pada 12 Ogos 2016. Memandangkan semua bangunan di Zon Ruby masih lagi terlibat dengan kerja-kerja baik-pulih, maka aktiviti gotong-royong ini lebih tertumpu kepada stor guna sama yang terletak di bangunan unit Bakas.






 







 
Blogger Templates