Monday 11 September 2017

Audit Dalaman Bil 4

Pada 8 September 2017, telah diadakan Audit Dalaman bil 4. Para auditor terdiri daripada Dr Mohd Zaffaran dari Klinik Kesihatan Bota Kiri dan KJ Marrina bt Taharim dari Klinik Kesihatan Air Kuning. Audit pada kali ini bertujuan untuk memastikan setiap zon telah bersedia untuk menerima lawatan audit dari MAMPU. Beberapa teguran telah diberikan oleh para auditor dan jawatankuasa zon di minta melakukan penambahbaikan.





Thursday 7 September 2017

Taklimat Pengungsian Bangunan dan Demonstrasi Memadam Kebakaran

1) Latar Belakang 

Maksud Pengungsian Bangunan Dalam bahasa yang mudah, pengungsian bangunan bererti bahawa para penghuni sesebuah bangunan keluar daripada bangunan berkenaan secara tenang dan teratur mengikut pelan laluan menuju tempat berkumpul dengan hanya membawa dokumen terpenting sahaja. Ringkasnya, sehelai sepinggang. Mengikut piawai latihan kebakaran, masa maksimum yang diambil untuk berkumpul di tempat yang ditetapkan ialah tujuh minit sahaja. Kebakaran boleh berlaku di mana-mana sahaja di dalam satu-satu bangunan tanpa mengira masa. Oleh itu, adalah wajar setiap kakitangan mengetahui tindakan yang perlu di ambil apabila menghadapi keadaan sebegini.

 2) Objektif 

• Menjelaskan langkah-langkah semasa pengungsian bangunan yang berkesan bagi tujuan mengatasi semua jenis kemalangan yang mungkin berlaku di fasiliti kesihatan. 
• Menunjukkan teknik-teknik memadamkan kebakaran kepada anggota kesihatan. 


Taklimat ini telah diadakan pada 25 Julai 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Klinik Kesihatan Changkat Lada. Kedua-dua sesi telah dikendalikan oleh Pegawai Bomba dari Balai Bomba Seri Iskandar. Seramai 23 orang kakitangan telah menghadiri sesi ini.


 






























 
 
Blogger Templates