Sunday 14 January 2018

Mesyuarat EKSA Zon Ruby bil 5

Pada 12/1/2018, telah diadakan Mesyuarat EKSA Zon Ruby bil 5 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat. Antara agenda utama mesyuarat ialah,

1. Mengumumkan perlantikan Dr. Siti Zaharah bt Abdul Rahman sebagai Ketua Zon Ruby menggantikan Dr. Shivani Xaviar yang telah mula mengambil cuti bersalin sehingga bulan Mei 2018.
2. Pembentangan isu-isu berbangkit di Mesyuarat Jawatankuasa Induk EKSA yang telah dihadiri oleh Sister Azizah pada 4/1/2018.
3. Makluman bahawa pihak MAMPU tidak lagi akan menjalankan persijilan EKSA, sebaliknya akan diserahkan kepada pihak JKN.
4. Makluman bahawa audit persijilan EKSA akan dijalankan pada bulan Mac 2018. Sebelum audit utama dijalankan, akan diadakan audit dalaman pada 15-19/1/2018, disusuli dengan audit penambahbaikan.

Adalah diharapkan kesemua ahli Zon Ruby dapat bersedia dalam menghadapi audit-audit yang telah dijadualkan untuk memastikan kelancaran proses persijilan EKSA.




0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates